Tuesday, 9 April 2013

The Tragic Ballad of QPR

Bersawang dah natang ni. Ok sekarang aku nak jadi manager. Manager bagi sebuah pasukan bolasepak Inggeris. Queens Park Rangers Football Club memang sudah tidak asing lagi dalam kancah bolasepak astro. Nak dijadikan topiknya ni, aku bercanggah pendapat dengan Harry Redknapp, pengurus QPR ketika ini. Aroma Loftus Road berbaur sedih dan kelam sejak QPR menang Playoffs beberapa ketika dahulu. Pendapat aku dapati bercanggah sama sekali antara aku dan Harry. Dengan pengecualian kecederaan yang dilanda pemain pemain QPR ketika ini, makanya ini merupakan kesebelasan utama yang pada pandangan aku mampu menaikkan sedikit kedudukan QPR di Liga Perdana Inggeris. 
           
         

    Júlio César Soares de Espíndola (GK)

- Julio Cesar merupakan antara penjaga gol terbaik dunia. Beraksi bagi pasukan Internazionale di Seria A Itali sebelum menyertai QPR, beliau juga antara pilihan utama penjaga gawang bagi skuad antarabangsa Brazil. Jika dibandingkan antara beliau dengan penjaga gawang QPR yang lain ketika ini (Robert Green, Radek Cerny, Brian Murphy) beliau lebih berkaliber dan berpengalaman dalam menggalas tugas sebagai penjaga gawang utama pasukan QPR. -

            

Armand Traoré (LB)

- Armand Traore juga pemain paling sesuai mengisi posisi bek kiri pasukan QPR ketika ini. Walaupun ada kalanya gugup dan kekurangan idea dalam permainan, pemain antarabangsa Senegal ini memiliki kelajuan dan juga kaki kiri yang baik. Mempunyai pengalaman beraksi dengan pasukan hebat seperti Arsenal dan Juventus, Armand perlu menggunakan ilmu dan pengalaman yang ada lebih bagi membantu pasukan QPR. Beliau jelas mengatasi saingan daripada Fabio dan Tal Ben Haim untuk posisi bek kiri pasukan QPR. -


Veijeany Christopher Samba (CB)

- Christopher Samba, tiba dari kelab bolasepak Anzhi Makhachkala dengan harga £12.5 juta, iaitu yuran termahal yang pernah dibayar oleh QPR. Berbadan sasa, tenang di bahagian fullbek dan sweeper menjadikan beliau calon paling sesuai mengemudi barisan pertahanan pasukan QPR. Pemain antarabangsa Congo yang lahir di Perancis ini juga pernah bermain untuk kelab Blackburn Rovers dan Hertha Berlin. Jika dibandingkan dengan Clint Hill, Samba lebih berkemampuan mengetuai barisan pertahanan pasukan QPR -

 

Chinedum "Nedum" Onuoha (CB)

- Dibeli daripada kelab bolasepak Manchester City, Onuoha merupakan calon paling sesuai untuk berganding bersama Christopher Samba di bahagian tengah pertahanan pasukan QPR. Namun kelekaan dan kerap melakukan kecuaian dan kesilapan yang memusnahkan harapan pasukan untuk mengutip mata penuh perlawanan menghantui pemain ini dan diharapkan agar Onuoha dapat memperbaiki prestasi dalam masa terdekat. -

   

José Bosingwa da Silva (RB)

- Pemain yang tidak asing lagi dalam kancah Bolasepak Inggeris setelah berjaya membantu pasukan Chelsea merangkul kejuaraan Liga Juara-Juara Eropah buat kali pertama. Bosingwa juga pernah memenangi Liga Juara-Juara Eropah bersama pasukan FC Porto pada musim 2003-2004. Seorang bek kanan yang juga boleh dijadikan pemain sayap, Bosingwa mempunyai kualiti yang cukup bagi membantu pasukan QPR dalam pergelutan menentang relegasi. -  

Next chapter : Midfielders and Strikers 


No comments:

Post a Comment